Info RELA
Relawati perlu aktif bantu RELA
by afendie on Apr.20, 2010, under Info RELA
SUNGAI UDANG –
Anggota Relawati di saran agar turut aktif menyaingi anggota Relawan bagi membantu menaikkan imej dan prestasi pasukan RELA.
Kumpulan ini dilihat dapat memainkan peranan yang besar dan berkesan pada setiap masa dan di setiap keadaan.
IPRM sasar 1 Mei untuk pensijilan amalan 5 S
by afendie on Apr.20, 2010, under Info RELA
PUTRAJAYA –
Kita cuba capai sasaran ini atau kita lupakan sahaja niat kita itu
Itulah kata-kata yang menjadi cabaran kepada semua warga Ibu pejabat RELA untuk mendapat pensijilan bagi amalan 5S pada 1 Mei 2010 nanti.
Cabaran yang dilontar Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni ketika melancarkan amalan 5S peringkat Ibu Pejabat RELA di sini awal Februari lalu membuktikan bahawa RELA telah bersedia untuk mengulangi kejayaan 2009 apabila turut mendapat pensijilan MS ISO 9001-2008 dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Katanya, selain amalan 5S, RELA akan mengambil bahagian dalam beberapa lagi program inovasi sebagai persediaan untuk menghadapi Hari Inovasi peringkat Kementerian Dalam Negeri akhir tahun nanti.
Beliau mahukan semua peringkat pegawai dan kakitangan mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan amalan 5S ini tanpa alasan-alasan yang boleh menjejaskan pencapaian sasaran itu. (continue reading…)
